Musim hujan virus selsema berleluasa?! Apa itu virus selsema dan bagaimana nak merawatnya?

Virus Selsema



Tengah musim hujan sekarang ni mesti ramai yang selsema kan? Jadi korang kena lah tahu apa itu selsema dan apa perlu nak buat jika kena selsama. 

Virus Selsema atau common cold adalah jangkitan virus yang biasa berlaku dalam di hidung dan tekak. 

Tahukah anda biasanya selsema ni akan hilang dengan sendiri dalam tempoh 10 hari sahaja? 

 TAPI..... simptom ini akan berpanjangan jika pesakit adalah seorang perokok atau mempunyai imun sistem yang rendah.

Jadi apa sebab terjadinya virus selsema?
-----------------------------------------‐-----------------

Sebab utama virus selsema ialah berpunca dari Rhinovirus, Parainfluenza Virus, Respiratory syncytial Virus dan Adenovirus.

Kesemua virus-virus diatas merupakan agen jahat yang akan masuk kedalam bahagian dinding mukosa hidung dan mata dan seterusnya merebak ke seluruh saluran penafasan dan terjadi lah:

1.Rhinitis - keradangan di mukosa saluran penafasan.
2.Sinusitis - keradangan di mukosa sinus
3.Pharyngitis - keradangan di bahagian pharynx dan tekak
  

Bila dah berjangkit maka terjadilah simptom  virus selsema. Antaranya:

1. Hidung tersumbat
2. Sakit tekak
3. Batuk
4. Sesak nafas
5. Sakit-sakit badan
6. Sakit kepala
7. Bersin
8. Demam grad rendah
8. Lemah badan
10. Sakit telinga


Kebiasaannya kalau kita terkena virus selsema, kita akan biarkan sahaja dengan harapan dia akan baik sendirikan? Dah tu bilakah anda perlu untuk berjumpa doktor??

1. Suhu badan melebihi 38°C
2. Demam lebih dari 5 hari 
3. Sesak nafas berpanjangan
4. Nafas berbunyi
5. Sakit tekak yang teruk, pening dan sakit di bahagian sinus
6. Kurang selera makan


Virus selsema ini akan dipandang enteng tapi ia sangat berisiko untuk menjadi lebih teruk dan mudah berjangkit kepada orang lain. Risiko ini akan terjadi kepada siapa?

1. Kanak- kanak bawah 6 tahun
Seperti yang kita tahu kanak-kanak berumur 6 tahun kebawah mempunyai sistem imun yang sangat rendah. Risiko untuk mereka terkena jangkitan virus selsema adalah sangat tinggi.

2. Kanak-kanak atau warga tua yang berImun rendah.
Seperti nombor satu mereka yang berimun rendah sangat mudah berjangkit virus selsema ini.

3. Perokok.
Seperti yang kita sesia maklum rokok mengandungi banyak bahan yang merbahaya ianya akan manjadikan antibodi seseorang itu lemah. Maka, mudah virus selsema ini merebak dan berjangkit kepada perokok lain

4. Tempat orang ramai.
Banyak jangkitan yang berlaku di tempat-tempat umum. Ini kerana kebanyakkan virus-virus disebarkan melalui angin, air liur mahupun sentuhan. 

Di tempat umum agak sukar untuk kita kenalpasti jika seseorang itu mengalami jangkitan virus selsema atau pun tidak.

Jadi adalah digalakkan untuk kita memakai mask ketika diluar rumah.

Adalah kebiasaan untuk kita mengambil untuk seseorang mengambil ubat di farmasi untuk virus selsema ini. Ada juga sesetengah orang yang tidak mengambil sebarang ubat dengan harapan ianya akan pulih sendiri.

Mari kenal antara penawar Homeopathy yang boleh digunakan untuk merawat selsema ini:

Aconite 
--------------

Aconite adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai bunga berwarna ungu ianya sangat popular di serata eropah dan juga asia. Ia juga selalu di jumpai dalam perubatan masyarakat cina.


Ianya adalah untuk mereka yang terkena jangkitan virus selsema yang mempunyai simptom: 

1. Kerap bersin
2. Hidung tersumbat 
3. Hidung berdarah 
4. Batuk sampai rasa dada ditekan
5. Sakit kepala dan kepala rasa berat.

Pulsatilla 
-------------‐--
Pokok Pulsatilla mempunyai lebih daripada 30 jenis di seluruh dunia. Ianya digunakan bagi mereka yang:

1. Kepala pusing
2. Sakit kepala disebaban terlalu banyak kerja.
3. Sakit telinga pada waktu malam
4. Hidung rasa tersumbat belah kanan
5. Hilang deria bau
6. Lendir kuning dari hidung
7. Batuk tekak rasa kering.
8. Tulang hidung rasa sakit. 

Allium cepa
-------------------
Allium cepa merupakan sejenis bawang besar yang digunakan untuk merawat virus selsema yang membuatkan seseorang: 

1. Kerap Bersin bila masuk dalam bilik.
2. Hingus banyak, berair, dan rasa pedih di dalam hidung.
3. Demam
4. Sakit kepala 
5. Batuk dan suara serak.
6. Polip (polyps atau ketumbuhan kecil di dalam hidung).


Bahan penawar ini terdapat di dalam kegunaan ubat homeopathy yang kami berikan kepada kami di Pusat Rawatan Homeopathy Bukit Beruang untuk memastikan kesihatan mereka terjamin. 

Pada musim hujan ni bagi mereka yang terkena virus selsema atau mereka yang nak sediakan payung sebelum hujan bolehlah ke pusat rawatan kami.


Waktu Perkhidmatan kami adalah seperti berikut >>

# Cawangan Bukit Beruang #
====================
Isnin - Ahad ( Tiap Hari )
11.00 am - 6.30 pm
Tel : 06 - 231 7963 / 012 - 611 5617

# Cawangan Cheng #
==============
Isnin - Sabtu ( Ahad Cuti )
10.00 am - 5.30 pm
Tel : 06 - 288 5855 / 012 - 611 5617

Boleh hubungi nombor tersebut👆 atau tekan link dibawah. 👇

http://www.wasap.my/+60126115617/HaiSayaNak

Comments

Popular posts from this blog

HOMEOPATHY: ASAL DARI MANA?

ANTARA PERKHIDMATAN PUSAT RAWATAN HOMEOPATHY BUKIT BERUANG

Kenapa Anda Perlu Pilih Homeopathy?