HOMEOPATHY: ASAL DARI MANA?

Homeopathy : India atau German?


Ramai ingat homeopathy asalnya dari India kan?


Sebenarnya Homeopathy berasal dari German dan pengasasnya ialah seorang ahli perubatan German yang lahir di Meissen, German pada tahun 1755.  Beliau ialah Dr. Samuel Hahnemann.  Beliau ialah seorang Doktor yang mahir dalam pelbagai bahasa, ilmu kimia dan ilmu perubatan konvensional. 

Pada awalan penemuan homeopathy ini, Dr. Hahnemann meninggalkan bidang perubatan dan menjurus kearah terjemahan medikal untuk tujuan dokumentasi. Ketika dia sedang menterjemahkan journal seorang pakar perubatan berasal dri Scotland telah menemui kunci mengubati orang yang sakit. Penulis journal tersebut menyatakan bahawa poko yang bernama Quinine boleh mengubati sakit malaria kerana mempunyai rasa yang tajam dan juga pahit. 

Dr. Hahnemann kemudiannya memutuskan untuk membuat eksperimentasi keatas dirinya sendiri. Dr. Hahnemann memakan pokok Quinine tersebut dan mendapati bahawa dia mendapat simptom-simptom yang serupa dengan pesakit malaria. Beliau memutuskan bahawa pokok Quinine dapat menjadi mengubati penyakit malaria bukan kerana rasanya yang tajam dan pahit tetapi kerana pokok itu mampu mengeluarkan simptom yang sama kepada orang yang sihat dan tidak berpenyakit malaria.

Homeopathy Di India

Homeopathy ini kemudiannya ke India pada tahun 1810. Pada tahun itu anak murid kepada Dr. Hahnemann yang bernama Frenchman John Hoingberger secara tidak langsung telah mengembangkan homeopathy di India.

Perubatan homeopathy telah sampai ke Malaysia sekitar tahun 1912 seiring dengan kemasukan immigran dari India yang datang ke Malaysia pada suatu masa dahulu. Bagaimanapun, tiada rekod yang jelas siapa dan apakah ada unsur-unsur perkembangan homeopathy di sini.

Walaupun begitu, terdapat banyak hospital yang berasaskan homeopathy telah diwujudkan di India.

Comments

Popular posts from this blog

ANTARA PERKHIDMATAN PUSAT RAWATAN HOMEOPATHY BUKIT BERUANG

Kenapa Anda Perlu Pilih Homeopathy?