Kenapa Anda Perlu Pilih Homeopathy?
1. Rawatannya adalah selamat
Homopathy adalah selamat dan tidak mempunyai sebarang kesan sampingan
Hal ini telah dibuktikan oleh pertubuhan European Council Of Classical Homeopatas (ECCH). Mereka telah melaksanakan kajian secara menyeluruh mengenai homopati. Antaranya mengenai ubat-ubatan homopati, persediaan, rawatan dan keberkesanannya.
Rekod Perubatan Homopathy yang sudah melebihi 200 tahun sejak penubuhannya menunjukkan tiada lagi kematian yang dilaporkan disebabkan kesan sampingan ubat homeopathy.
2. Rawatan yang menjimatkan dan berpatutan.
Homopathy dianggap keajaiban dunia kerana kosnya yang rendah. Ia merupakan rawatan alternatif yang paling menjimatkan berbanding rawatan yang lain. Hal ini menyebabkan rawatan homopathy dapat diterima umum terutama golongan yang kurang berkemampuan untuk menanggung kos perubatan yang mahal. Ubat-ubatan homopathy adalah lebih menjimatkan. Walaupun ubat-ubatan homopathy yang disediakan adalah dari sumber-sumber yang berbeza tetapi kaedah penyediaan adalah sama.
3.Rawatan yang berkesan dan cepat bertindakbalas
Tanggapan umum mengenai rawatan homopathy adalah ‘tindak balas ubat homeopathy lambat’. Ia adalah tidak benar kerana kita perlu faham dan tahu mengenai beberapa perkara asas tentang tubuh manusia, imuniti badan atau sistem pertahanan badan dan jenis penyakit mempengaruhi cara tindak balas ubat-ubatan homopathy.
Homeopathy menguatkan imuniti dan ia secara tidak langsung dapat membantu mengubati penyakit. Ubat-ubatan homeopathy membantu secara semulajadi dan organik untuk imuniti badan bertindak. Ia membantu dalam pengukuhan kuasa penyembuhan secara semulajadi. Jika terdapat sesetengah bakteria atau virus di dalam badan,ubat-ubtan homopathy membantu dalam mengaktifkan dan menguatkan imuniti pelbagai mekanisme yang mengandungi jangkitan mereka sendiri.
Comments
Post a Comment