3 Jenis Jangkitan Kuman Akibat Batuk Berpanjangan

Kalau hari itu kami dah ceritakan tentang jangkitan saluran pernafasan bahagian atas kali ini kami akan ceritakan pula jangkitan saluran pernafasan bahagian bawah pula. 

Jangkitan saluran pernafasan bahagian bawah atau lower respiratory  tract Infections (LRTI) adalah sebarang jangkitan yang berlaku di bahagian paru-paru atau saluran penafasan bermula dari peti suara (below the larynx) manusia sehingga ke rongga udara dalam paru-paru. Terdapat 2 LRTI yang biasa berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia :- 

1.(BRONCHITIS) Keradangan tiub bronchi dalam paru-paru.

Saluran yang berwarna jingga menunjukkan keradangan paru-paru bagi mereka yang menghidap bronchitis.

Jangkitan saluran penafasan ini boleh menjejaskan saluran udara utama yang masuk ke dalam paru-paru kerana terdapat keradangan di bronchi. 

Kebiasaanya ia berlaku pada musim sejuk dan berlaku selepas terjadinya jangkitan saluran penafasan bahagian atas. 


2.(PNEUMONIA) Radang paru-paru.

Gambar menunjukkan kantung udara yang normal dan yang terkena jangkitan pneumonia.

Jangkitan saluran penafasan yang menjejaskan rongga udara di bahagian paru-paru. Pneumonia adalah antara sebab kematian yang terbesar di USA dan kebiasaannya terjadi kepada kanak-kanak dan warga tua. 

Ia memberikan trauma kepada paru-paru dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

3.(BRONCHIOLITIS) Jangkitan di saluran penafasan (bronchioles)

Bronchiolitis pada paru-paru bayi

Kebiasaannya virus akan menjangkiti kanak-kanak dan menyebabkan penyempitan di saluran kecil dalam paru-paru.

4.(TUBERCULOSIS) - Lebih dikenali sebagai batuk kering atau TB.

Paru-paru normal vs paru-paru terkena TB

Ia disebabkan oleh virus Mycobaterium Tuberculosis yang menyerang bahagian paru-paru dan boleh merebak ke bahagian lain seperti otak dan juga tulang belakang.

Antara simptom-simptom awal bagi LRTI ini adalah:

1. Batuk kering
2. Selsema
3. Demam ringan (low grade fever)
4. Sakit tekak 
5. Pening kepala
 
Simptom yang sangat ringan dan selalu orang ambil mudah ianya boleh menjadi lebih teruk seperti:

1. Batuk berkahak yang teruk
2. Demam panas
4. Kesukaran bernafas
5. Kulit kebiruan
6. Nafas laju 
7. Sakit dada
8. Nafas berbunyi - wheezing 


Faktor yang menyebabkan berlakunya jangkitan di saluran bawah penafasan (LRTI) ini adalah :

1. Imun sistem yang lemah
2. Merokok
3. Habuk 
4. Bahan kimia
5. Vape 
6. Alahan yang kronik
7. Pencemaran udara

Siapakah yang berisiko mendapat jangkitan ini?

1. Orang yang baru dijangkiti demam dan selsema
2. Golongan yang mempunyai imun sistem yang rendah eg. HIV
3. Warga emas > 65 tahun
4. Kanak kanak < 5 tahun
5. Golongan yang baru sahaja menjalani pembedahan.

Dalam kes kes seperti ini perubatan moden kebiasaannya akan merawat dengan memberi ubat demam, batuk selsema (antihistamine), antibiotics dan lain-lain. Kebanyakkan ubat-ubatan ini membuatkan seseorang itu sangat mengantuk.

Dalam perubatan homeopathy pula terdapat beberapa ubat yang berkesan dalam memberi kelegaan yang cepat kepada pesakit LRTI dan diberi secara individual mengikut simptom yang terdapat pada pesakit tersebut. Antaranya:


Antim tart
-----------------
Sumber dari mineral untuk merawat simptom-simptom:

1. Suara serak.
2. Bunyi kahak yang terkumpul di dalam.
3. Rasa panas di dada
4. Nafas berbunyi
5. Susah bernafas.
6. Mencungap dan berpeluh.
7. Kepala rasa berpusing.

Fosforus 
------------------

Foforus merupakan elemen atomik nombor 15 dari jadual berkala (periodic table). Sumber ini boleh merawati mereka yang:

1. Batuk yang teruk
2. Berkahak
3. Di mana pesakit akan lebih melarat bila cuaca sejuk.
4. Tekak sakit.
5. Gatal di bahagian tekak.
6. Pesakit hilang suara.
7. Bercakap.
8. Membaca dengan kuat boleh membuatkan tekak sakit.
9. Dada sakit bila batuk. 
10. Bila baring rasa dada tertekan.

Drosera 
--------------

Drosera merupakan pokok karnivor yang mempunyai lebih 100 jenis dan spesis. Ia boleh membantu merawat simptom:

1. Batuk kering.
2. Batuk berpanjangan sampai ada rasa tercekik. 
3. Kahak warna kuning.
4. Kahak dan hidung berdarah
5. Suara serak.
6. Bercakap rasa sesak nafas.
7. Nafas pendek.

Banyak ubat-ubatan yang pusat rawatan kami gunakan untuk mereka yang terkena LRTI adalah berasaskan dari bahan-bahan di atas. Bahan semula jadi untuk membantu anda.

Jadi apa tunggu lagi. Ayuh kita ke cawangan Pusat Rawatan Homeopathy Bukit Beruang berdekatan anda. 


Waktu Perkhidmatan kami adalah seperti berikut >>

# Cawangan Bukit Beruang #
====================
Isnin - Ahad ( Tiap Hari )
11.00 am - 6.30 pm
Tel : 06 - 231 7963 / 012 - 611 5617

# Cawangan Cheng #
==============
Isnin - Sabtu ( Ahad Cuti )
10.00 am - 5.30 pm
Tel : 06 - 288 5855 / 012 - 611 5617

Boleh hubungi nombor tersebut👆 atau tekan link dibawah. 👇

http://www.wasap.my/+60126115617/HaiSayaNakTanya

Comments

Popular posts from this blog

HOMEOPATHY: ASAL DARI MANA?

ANTARA PERKHIDMATAN PUSAT RAWATAN HOMEOPATHY BUKIT BERUANG

Kenapa Anda Perlu Pilih Homeopathy?