Jangkitan Sistem Pernafasan Yang Anda Perlu Tahu

Tahukah anda sistem pernafasan kita terbahagi kepada dua?  

Saluran pernafasan bahagian atas atau upper respiratory tract (URT) dan juga saluran pernafasan bawah lower respiratory tract (LRT).

Gambaran saluran pernafasan manusia


Kedua saluran pernafasan tersebut sangat mudah terdedah dengan jangkitan jika tidak berhati-hati.

Jangkitan saluran pernafasan boleh berlaku di saluran pernafasan bahagian atas Upper Respiratory Tract Infections (URTI) dan bawah Lower Respiratory rract Infections (LRTI) atau keduanya sekali. 

Untuk post kali ini kami hanya menekan kan tentang jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) dahulu kerana ianya sangat biasa dan selalu kita dengar.

Antara jangkitan saluran pernafasan di bahagian atas (hidung, tekak, mulut, esofagus) adalah:

1. Selsema
2. Sinus
3. Tonsilitis
4. Radang peti suara, 
5. Radang trakea dan 
6. Radang saluran bronkus

Selalunya antara faktor yang melemahkan saluran pernafasan dan boleh membuatkan kita terkena jangkitan adalah daripada:

1. Imun sistem yang lemah
2. Merokok/ Asap rokok
Merokok merbahaya untuk kesihatan

3. Persekitaran
4. Jangkitan virus, terutama Para influenza 
5. Bakteria

Simptom jangkitan saluran pernafasan:

1. Sakit kepala
2. Hidung tersumbat / hidung berair
3. Demam
4. Kerap bersin
5. Sakit tekak bila menelan, lebih-lebih lagi pada peringkat awal jangkitan
6. Sesak dada
7. Sakit atau lenguh-lenguh badan
8. Sakit kepala atau berat kepala ketika kepala dibongkokkan
9. Tonsil bengkak di leher

Kebiasasaan dalam merawat gejala jangkitan saluran pernafasan adalah dengan mengambil ubat ubatan seperti anti-allergik, nasal spray dan antibiotik. 

Kini ramai masyarakat terdedah dengan perubatan alternatif seperti Homeopathy. Rawatan alternatif yang selamat dan berkesan untuk membantu pesakit jangkitan saluran pernafasan. 

Ubat homeopathy diberikan untuk setiap individu adalah berbeza. Ianya adalah mengikut simptom yang terdapat pada pesakit. 

Berikut merupakan beberapa contoh ubat homeopathy yang membantu dalam jangkitan saluran pernafasan:

Arsenicum Album
------------------------------

Arsenic Album yang belum dicanai

Diperbuat daripada sejenis logam yang diproses menjadi penawar untuk:

⁃ Pesakit yang merasakan sensasi denyutan dan panas di sekitar kawasan yang sakit
⁃ Rasa teruk di tengah malam dan lega dalam keadaan gelap 
⁃ Cenderung mempunyai rasa dahaga yang besar tetapi minum dalam kuantiti yang sikit

Belladonna
-------------------
Poko Belladonna yang tumbuh di Afrika Utara

Diperbuat daripada sejenis herba untuk merawat mereka yang:

⁃ Merasakan kepala yang amat berat dan berdenyut seolah-olah nak pecah
⁃ Rasa lega dengan memberikan tekanan yang kuat di kawasan yang sakit
⁃ Sensitif terhadap cahaya dan pergerakan

Pulsatilla
--------‐------
Salah satu jenis bunga Pulsatilla yang tunbuh di Amerika Utara

Diperbuat daripada sejenis bunga yang digunakan untuk membantu mereka yang:

⁃ Merasakan kepala sakit ketika baring
⁃ Mendapat kelegaan dari berjalan di udara terbuka
⁃ Lendir kebiasaannya tebal, dan bewarna kuning atau hijau


Pusat Rawatan Homeopathy Bukit Beruang telah beroperasi dari 2008 dan telah berjaya membantu mereka yang mempunyai jangkitan saluran pernafasan seperti simptom-simptom di atas.

Kepada mereka yang nak ke pusat rawatan kami boleh hubungi kami menerusi aplikasi WhatsApp untuk membuat temujanji.


Waktu Perkhidmatan kami adalah seperti berikut >>

# Cawangan Bukit Beruang #
====================
Isnin - Ahad ( Tiap Hari )
11.00 am - 6.30 pm
Tel : 06 - 231 7963 / 012 - 611 5617

# Cawangan Cheng #
==============
Isnin - Sabtu ( Ahad Cuti )
10.00 am - 5.30 pm
Tel : 06 - 288 5855 / 012 - 611 5617

Boleh hubungi nombor tersebut👆 atau tekan link dibawah. 👇

http://www.wasap.my/+60126115617/HaiSayaNak


Comments

Popular posts from this blog

HOMEOPATHY: ASAL DARI MANA?

ANTARA PERKHIDMATAN PUSAT RAWATAN HOMEOPATHY BUKIT BERUANG

Kenapa Anda Perlu Pilih Homeopathy?