Hering’s Law of Cure
a) Daripada Dalaman ke Luaran
Hal ini bermaksud, ketika proses kesembuhan berlaku secara semulajadi, ia bermula daripada bahagian paling dalam organisme iaitu dari peringkat mental dan emosi serta organ vital kepada bahagian luaran seperti kulit dan seumpamanya. Apabila simptom psikologi individu berkurang dan simptom fizikal bertambah (tapi tidak teruk), boleh dikatakan proses kesembuhan sedang berjalan. Evolusi ke arah bertambah sihat yang sedemikian harus dibiarkan berlalu dengan sendiri dan tidak wajar ditekankan (suppressed) melalui rawatan-rawatan moden seperti penggunaan ubat sapu.
B) Daripada Atas ke Bawah.
Maksud di sini ialah apabila kesembuhan berlaku di mana simtpom bergerak daripada bahagian atas ke bahagian bawah tubuh atau daripada kepala ke bahagian kaki. Sebagai contoh kes eczema, simptom akan bergerak daripada muka ke bahagian dada, kemudian perut, pangkal paha, kaki dan seterusnya berakhir dengan kesembuhan. Sekiranya kita lihat pada alur laluan kesembuhan sakit kulit itu, dari atas ke bawah ia merupakan tanda yang baik.
C) Daripada Arah Penyakit Datang.
Di samping itu, proses kesembuhan juga bergantung daripada permulaan dan arah penyakit datang. Kesembuhan berlaku dalam proses rawatan di mana simptom muncul dan tenggelam mengikut arah yang berlawanan daripada arah mula timbulnya. Hal ini kerana, simptom tersebut pernah ditekan atau disembuhkan dengan tidak sempurna. Oleh itu, arah kesembuhan akan mengikut proses semulajadinya di mana ia balik kepada asalnya.
Sebagai contoh pesakit pernah mengalami penyakit kulit dan sembuh dengan rawatan terdahulu akan tetapi kini dia sedang alami lelah. Sedang dalam rawatan homeopathy lelah nya telah sembuh sepenuhnya dan penyakit kulitnya datang semula. Proses rawatan ini menunjukkan keberkesanan ubat homeopathy dalam mencungkil dan mengikut proses semula jadinya dengan menyembuhkan penyakit yang lama dan yang terbaru.
Comments
Post a Comment